
Perbankan Islam Tanpa Faedah
by
A.L.M. Abdul Gafoor
(This is the Malay language translation of the book
“Interest-free Commercial Banking, translated by Amir
Muslim)
Published by Institut
Terjemahan Negara
ISBN
983-068-169-6, xxiii+90 pages, 2004
5.2 Kesimpulan
Kita telah mengkaji masalah yang dihadapi dalam mencari alternatif
tanpa faedah bagi perbankan perdagangan konvensional dari dua sudut
permulaan:
a) dari prinsip asas,
b) dari sudut kajian
perbankan Islam seperti
yang diamalkan sekarang. Meskipun kita merentasi
dua laluan berlainan tetapi kita sampaikepada rumusan utama yang sarna:
Perbankan Islam Tanpa Faedah
1) tidak mustahil untuk menghapuskan riba sepenuhnya daripada sistem perbankan dan sistem tanpa
faedah yang tercipta adalah berdaya maju, dan bersesuaian
dengan amalan semasa dalam sistem
konvensional;
2)
tiada langkah drastik diperlukan untuk mencapai matlamat
berkenaan.
Kita juga telah mencapai
kesimpulan yang sarna tentang selok-belok pengendalian sistem sedemikian.
Penyimpan mengamanahkan wang mereka kepada bank untuk disimpan dengan selamat
dan membenarkan atau meminta bank menggunakan dana mereka untuk memberikan
pinjaman. Modal dijamin tetapi faedah tidak dituntut atau dibayar. Ini adalah
satusatunya bentuk pemberian pinjaman yang dibenarkan oleh syariah. Peminjam
memperoleh pinjaman dan pendahuluan mereka melalui bank dan mereka membayar
yuran atas perkhidmatan yang diberikan oleh bank. Dalam hal ini, bank menjadi
industri perkhidmatan yang pendapatan utamanya ialah yuran yang dikenakannya
terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Walau bagaimanapun, tujuan
perbankan Islam bukan sekadar menjadi altematiftanpa faedah kepada perbankan
perdagangan konvensional. Ia juga bertujuan untuk memberikan pilihan kepada
mereka yang mempunyai wang dan berhasrat untuk melaburkannya ke dalam sesuatu
perusahaan berdasarkan perkongsian untung dan rugi (mudarabah) tetapi tanpa mengambil
bahagian aktif dalam perusahaan berkenaan iaitu sebagai rakan niaga pasif.
Aspek perbankan Islam ini iaitu berlandaskan PLS dikemukakan sebagai satu modul
tambahan dalam sistem yang disarankan dalam penerbitan akan datang.65
Inflasi adalah suatu yang lumrah
terutama di negara dunia ketiga yang kebanyakannya adalah negara Islam. N amun
begitu, tidak ada satu pun sistem sarna ada sistem perbankan konvensional atau
perbankan Islam yang menangani masalah ini. Kita menimbang masalah itu dan
memberikan penyelesaian dalam satu lagi bentuk modul dalam penerbitan akan
datang.66
Nota: Semua modul yang dikemukakan dalam ketiga-tiga buku yang
disebutkan di atas digandingkan bersama dalam satu sistem perbankan dan
kewangan yang komprehensifbagi orang Islam. Sistem itu adalah suatu sistem
tanpa riba, telus dan beroperasi di bawah undang-undang perbankan dan pemiagaan
konvensional. Oleh itu, ia boleh dilaksanakan di semua negara di dunia. Ia
boleh dilaksanakan dengan menggunakan satu modul atau lebih, bergantung pada
keadaan. Ciri utama sistem
komprehensif yang disarankan
itu dikemukakan dalam buku lain berjudul: Islamic
Banking & Finance: Another Approach (2000).
65 Buku ini
sekarang terdapat di pasaran dan
beIjudul: Participatory Financing through
Investment Banks and Commercial Banks (1996).
66 Buku ini
sekarang terdapat di pasaran dan
beIjudul: Commercial Banking in the presence of
Inflation (1999).
Click here for Table of Contents
For further information or discussions please
write or e-mail to the author:
Stockists and Distributors are
required in all countries.
Translation, reprint offers
welcome.
Trade enquiries: APPTEC Publications
Berkenlaan 75
The
Phone/Fax: +31-50-8517860